dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI MAHIR Baiki Gajet sesi 2 - v

23 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Ogos 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Baiki Gajet sesi 2 - v. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 04:30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang kelas ini berlangsung, Guru MAHIR menerangkan tips cara membuka dan memasang android seperti pastikan tangan kering dan bebas daripada korotan, sediakan peralatan secukupnya dan berada di tempat yang selamat dan bersih dan hendaklah berada dalam keadaan yang bersedia dan tenang memulakan kerja-kerja pembaikan. Guru MAHIR menerangkan cara membuka dan memasang android antaranya keluarkan kad sim, panaskan kaca belakang, tanggalkan gelas belakang, buka skru bingkai tengah, masukkan alat pembuka, buka bingkai tengah, putuskan sambungan kabel fleksibal butang kuasa dan kelantangan, putuskan pelekat dari bateri, angkat bateri keluar, putuskan sambungan kabel fleksibal paparan (LCD) dan tanggalkan skrin.

Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran baiki gajet para peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.